Kecuaian Membawa Akibat
Peristiwa 1
Waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani murid-murid Tingkatan 2. Seperti biasa seorang guru telah ditugaskan untuk mengendalikan kelas tersebut. Guru ini telah mengambil mudah semasa mengendalikan kelas tersebut. Beliau telah mengarahkan Ketua Darjah untuk mengambil sebiji bola sepak dari stor Sukan. Beliau telah memberi arahan kepada murid-murid supaya berdiri dalam dua barisan. Barisan pertama dikatakan Pasukan A dan barisan kedua dinamakan Pasukan B. Ketua Darjah telah dilantik sebagai Pengadil dan dua orang murid lain sebagai penjaga garisan. Wisel telah diberi kepada Ketua Darjah dan bola telah dicampak ke tengah padang. Murid-murid mula lah bermain bola sepak di bawah pengawasan Ketua Darjah sebagai Pengadil. Guru berkenaan telah duduk di kantin membaca surat khabar sambil minum kopi. Tidak beberapa lama kemudian terdengar murid-murid menjerit ketakutan. Guru berkenaan terkejut dan bergegas ke arah padang sambil bertanyakan apa masalahnya. Murid-murid telah menunjukkan ke arah tiang gol di mana terdapat seorang murid yang sedang menjerit kesakitan di pangkal tiang gol itu. Guru itu berlari ke arah murid berkenaan. Murid tersebut telah memanjat tiang gol itu dan telah terjatuh. Semasa murid tersebut jatuh alat kelaminnya telah tersangkut pada besi cangkuk jaring gol. Buah zakarnya telah koyak dan isi kandungannya terburai keluar. Alangkah terkejutnya guru tersebut. Mukanya pucat ketakutan. Kebetulan pada masa itu saya berada berhampiran padang. Saya telah mengarahkan guru tersebut supaya membawa murid tersebut ke klinik untuk dirawat. Saya telah ke pejabat sekolah untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada tuan Pengetua dan juga kepada ibu bapa murid tersebut melalui telefon. Guru tersebut telah dikenakan tindakan di atas kecuaian beliau. Murid tersebut bernasib baik kerana tiada kerosakan serius telah berlaku kepada alat kelaminnya. Waktu pelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah satu mata pelajaran yang boleh diambil mudah. Langkah-langkah keselamatan yang ketat perlu diadakan. Kawalan oleh guru amat penting demi keselamatan murid-murid semasa menjalankan aktiviti-aktiviti jasmani.
Peristiwa 2
Musim sukan tahunan telah tiba. Pasukan-pasukan rumah masing-masing sibuk membuat latihan setiap petang sebagai persiapan untuk hari yang bermakna itu. Setiap pasukan amat bersungguh-sungguh untuk muncul sebagai juara dalam kejohanan tahunan itu. Pasukan Rumah Hijau telah diberi peluang untuk menjalankan latihan acara padang pada hari Rabu setiap minggu. Ramai murid yang hadir untuk latihan pada petang itu. Beberapa orang murid kelihatan sedang membawa peralatan seperti lembing, cakera dan peluru untuk kegunaan latihan pada hari itu. Murid-murid telah dipecahkan mengikut acara yang akan diambil kelak. Seorang guru lelaki telah diarah untuk menguruskan latihan bagi acara Merejam Lembing. Latihan telah berjalan dengan lancarnya. Terdapat murid-murid yang sedang melakukan rejaman lembing. Pada masa yang sama terdapat beberapa orang murid yang berebut untuk mendapatkan lembing yang telah direjam. Tanpa disangka, tiba-tiba salah seorang murid yang sedang mengejar lembing yang telah direjam oleh rakannya telah terkena tikaman lembing di bahagian belakangnya. Murid tersebut telah jatuh tertiarap di atas padang. Murid tersebut bernasib baik kerana lembing tidak terpacak di belakangnya. Beberapa orang murid lain telah berkejar ke arahnya untuk membantunya. Guru yang bertugas berada dalam ketakutan. Beliau telah berkejar ke arah murid tersebut sambil mengarahkan agar murid yang cedera itu di bawa ke keretanya untuk di bawa ke klinik. Nasib menyebelahi guru tersebut kerana murid yang cedera itu hanya mengalami luka yang kecil sahaja. Pengurusan dan kawalan keselamatan semasa menjalankan aktiviti sukan amat penting dan perlu dititikberatkan untuk mengelak berlakunya sebarang kemalangan. Guru tersebut telah diarahkan oleh tuan Pengetua untuk berjumpa dengan ibu bapa murid tersebut untuk menerangkan peristiwa tersebut serta memohon maaf di atas kecuaiannya.
Peristiwa 3
Seorang guru perempuan sedang mengajar murid-murid Tahun 2 nyanyian. Murid-murid berdiri di hadapan kelas rapat-rapat sambil menyanyi beramai-ramai. Tanpa disedari guru, salah seorang murid lelaki telah membawa sebatang pensel semasa menyanyi. Seorang rakan murid tersebut telah mencuit bahu murid berpensel itu. Oleh sebab murid itu terkejut beliau telah mengangkat tangannya yang sedang memegang pensel ke belakang untuk menepis. Malang tidak berbau. Pensel tersebut telah tercucuk mata kanan rakannya di belakang. Murid itu menjerit kesakitan. Dalam keadaan panik guru tersebut telah bergegas mendapatkan murid yang cedera itu dan di bawa ke pejabat sekolah. Guru Penolong Kanan telah membawa murid yang cedera itu ke hospital. Di hospital murid itu telah diberi rawatan kecemasan kerana bendalir di dalam matanya telah banyak keluar sehinggakan mengakibatkan biji matanya mengecut. Ibu bapa murid tersebut telah dimaklumkan oleh pihak pejabat sekolah. Dalam keadaan marah kedua-dua ibu bapa tersebut telah mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap guru tersebut di atas kecuaian beliau. Murid tersebut telah di bawa ke sebuah hospital lain untuk mendapat rawatan pakar mata. Nasib menyebelahi guru tersebut sebab murid itu dapat diselamatkan dan tiada kerosakan yang serius telah berlaku ke atas matanya. Arahan perlu diberi dengan jelas kepada semua murid sebelum menjalankan sebarang aktiviti kumpulan di kelas. Guru perlu memastikan bahawa murid-murid tidak membawa sebarang alatan yang tidak diperlukan untuk sesuatu aktiviti yang akan dijalankan. Guru juga perlu sentiasa mengawasi perilaku murid-murid semasa aktiviti sedang dijalankan.

Comments