Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - SKPM

Untuk pengetahuan semua ibu bapa dan mereka yang berkenaan. Apabila kita bercakap mengenai standard kualiti pendidikan, kita terpaksa merujuk kepada instrumen yang telah dibina oleh Jemaah Nazir Sekolah. Instrumen Pemastian Standard (IPS) yang telah disediakan dan diedarkan ke sekolah-sekolah merupakan satu instrumen yang amat berguna dalam membantu pihak pengurusan sekolah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di sekolah. Terdapat empat dimensi dan duabelas elemen di dalam instrumen SKPM ini. Dimensi-dimensi tersebut adalah Halatuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Program Pendidikan dan Kemenjadian Murid. Setiap dimensi ini mempunyai elemen-elemen yang perlu dipatuhi dan dipenuhi untuk mencapai tahap kecemerlangan standard yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan umum, instrumen ini digunapakai untuk menarafkan sesebuah sekolah itu mengikut penarafan standard kualiti yang telah ditetapkan. Sekolah-sekolah akan diberi penarafan sebagaimana berikut: Lampau Lemah, Lemah, Biasa, Cemerlang dan Gemilang. Setiap sekolah dikehendaki membuat penarafan kendiri tahun lalu setiap tahun pada bulan Februari atau Mac tahun berikutnya. Dapatan daripada penarafan kendiri ini hendaklah dibandingkan dengan dapatan bagi tahun sebelumnya. Melalui perbandingan ini kita dapat lihat sebarang peningkatan atau penurunan skor bagi setiap elemen dalam setiap dimensi. Ia akan dapat membantu pihak pengurusan merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menambahbaikkan semua kelemahan yang ada.

Dimensi 1 – Halatuju Kepimpinan
Elemen 1 – Visi dan Misi
Elemen 2 – Kepimpinan
Dimensi 2 – Pengurusan Organisasi
Elemen 3 – Struktur Organisasi
Elemen 4 – Perancangan
Elemen 5 – Iklim
Elemen 6 – Pengurusan Sumber
Elemen 7 – Pengurusan Maklumat
Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan
Elemen 8.1 – Pengurusan Program Kurikulum
Elemen 8.2 – Pengurusan Ko-kurikulum
Elemen 8.3 – Pengurusan Hal Ehwal Murid
Elemen 9 – Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen 10 – Pembangunan Sahsiah Murid
Elemen 11 – Penilaian Pencapaian Murid
Dimensi 4 – Kemenjadian Murid
Elemen 12.1 – Kemenjadian murid Pra Sekolah
Elemen 12.2 – Pencapaian Murid Sekolah Rendah
Elemen 12.6 – Pencapaian Ko-kurikulum
Elemen 12.7 – Kemenjadian Sahsiah Murid

Satu Jawatankuasa Khas perlu diadakan untuk mengendali kerja-kerja penarafan kendiri ini. Faktor yang amat penting dalam menjalankan penarafan kendiri ini adalah kejujuran dan keikhlasan guru-guru dalam memberi skor tanpa dipengaruhi oleh sentimen atau emosi. Sikap profesional amat penting sekali bagi mendapat satu skor yang boleh diterima dan dipercayai. Jika setiap warga sekolah memahami dan dapat menghayati IPS SKPM ( Instrumen Pemastian Standard Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ) ini secara jelas, ia akan menjadi amat mudah bagi sekolah tersebut untuk mencapai tahap standard yang dikehendaki iaitu Tahap Gemilang bersesuaian dengan Misi KPM untuk membangun sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia.

Saya akan bincang dengan lebih mendalam lagi bagi mencari jalan bagaimana kita boleh mengguna IPS SKPM sebagai satu alat dalam membangunkan sekolah. Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru