SATU TINJAUAN KE ARAH PEMBINAAN INSAN CEMERLANG
Dalam usaha kita untuk membina insan yang cemerlang di kalangan anak-anak kita, beberapa perkara pokok dalam usaha tersebut perlu dilihat secara serius.
Mengenali Anak Anda
Dalam memberi layanan kepada anak-anak kita perlu bersikap adil dan saksama. Jangan sesekali kita membeza-bezakan layanan dan kasih sayang di antara anak-anak kita. Selamilah lubuk hati anak-anak dan cuba memahami mereka secara mendalam. Anda harus yakin dan terima bahawa setiap orang anak anda adalah unik. Setiap seorang daripada mereka mempunyai keperibadian yang berbeza. Jadi kita tidak boleh berinteraksi bersama mereka dengan cara yang sama. Anda juga perlu mengambil sedikit masa untuk mengenali potensi anak-anak anda. Setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Adalah tidak wajar untuk menetapkan sasaran pencapaian yang sama bagi semua anak-anak anda. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada kepada tahap yang sehabis baik mungkin.
Kasih Sayang
Kasih sayang merupakan pra syarat untuk mencapai kecemerlangan. Kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak akan menjadikan mereka insan yang stabil emosinya. Seorang anak yang diberi kasih sayang yang cukup akan mempunyai keinsafan dan keyakinan diri yang tinggi. Aktiviti-aktiviti yang boleh meransangkan, menyuburkan dan meningkatkan perasaan kasih sayang perlu diadakan seberapa kerap.
Pergi dan Pulang Dari Sekolah
Setiap pagi apabila anda mengejutkan anak anda untuk bersiap ke sekolah, kejutlah dia dengan lembut dan penuh kasih sayang. Kejutan yang kasar serta dengan suara yang kuat akan mengganggu emosi anak-anak Bersabarlah dengan kerenah anak-anak. Sikap mereka akan berubah apabila mereka memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang anak yang baik. Sarapan pagi hendaklah bersama-sama. Kerap anak-anak dibiarkan bersarapan seorang diri. Bersarapan bersama akan menambahkan eratnya hubungan antara anak dan ibu. Sebelum anak-anak berangkat ke sekolah beri restu, peluk dan cium kepala mereka. Anak-anak akan pergi dengan hati yang tenang dan gembira. Sambutlah kepulangan anak-anak agar rasa penat anak-anak akan hilang apabila melihat ibu menunggu dengan penuh kasih sayang. Bagi ibu bapa yang bekerja kemesraan ini boleh diajukan pada masa-masa yang bersesuaian. Sebagaimana anda bersarapan bersama anak-anak, maka makan tengah hari juga eloklah bersama.
Urusan Pelajaran
Urusan pelajaran merupakan urusan yang amat penting bagi ibu bapa. Tunjukkan minat yang bersungguh-sungguh terhadap pelajaran anak-anak. Jangan sampai anak-anak mempunyai sikap indah tak indah terhadap pelajaran akibat daripada sikap kita yang tidak mengambil perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap pelajaran mereka. Guru-guru hendaklah dijadikan rakan kongsi. Perkembangan pelajaran anak-anak perlu dibincang bersama. Libatkan diri kita dengan kerja rumah yang diberi oleh guru-guru kepada anak-anak kita. Dekatkan diri kita dengan mereka yang cemerlang dan berjaya.
Budaya Membaca
Ibu bapa perlu mempunyai tabiat membaca yang baik. Bahan bacaan perlu banyak di rumah. Malah jika dapat diadakan sebuah perpustakaan mini di rumah amatlah berguna. Perpustakaan mini ini tidaklah memerlukan sebuah bilik khas. Sebuah sudut khas yang dilengkapi dengan buku dan bahan bacaan yang berbagai-bagai amatlah memberi manfaat kepada semua ahli keluarga. Sediakan peruntukan bulanan untuk anak-anak membeli buku yang diminati. Daftarkan anak-anak sebagai ahli perpustakaan awam. Jadikan aktiviti membaca satu budaya di rumah.
Masa Terluang
Jadikan masa terluang sebagai satu peluang untuk bermesra bersama semua ahli keluarga. Gunakan masa ini untuk berbincang hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Dengarlah keluhan dan luahan hati anak-anak dengan penuh kesabaran. Sama-samalah cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Gunakan masa terluang ini juga untuk beriadah seperti berkelah, bersenam ataupun bercuti bersama anak-anak. Hubungan yang erat dengan anak-anak akan menjadi mereka insan yang matang dan bertanggungjawab.

Kesilapan-Kesilapan Yang Kerap Dilakukan
Tanpa disedari kita sebagai ibu bapa kerap melakukan kesilapan-kesilapan dalam mendidik anak-anak kita. Kadangkala oleh sebab terlalu sayangkan anak-anak kita memberi kebebasan yang tidak dikawal. Ada juga yang terlalu mengongkong sehingga anak-anak rasa seolah-olah berada di dalam penjara. Leteran yang keterlaluan adalah satu yang kerap berlaku. Kadangkala leteran ini bermula dari bangun pagi hinggalah waktu hendak tidur. Semuanya serba tak kena. Perbuatan ini akan memberi tekanan dan mengganggu emosi anak-anak kita. Apabila menghukum anak-anak, hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Anak-anak perlu diperjelaskan mengapa ia dihukum agar hukuman yang dikenakan dapat diterima dengan baik dan penuh keinsafan. Ancaman serta ugutan adalah satu lagi kesalahan yang tidak seharusnya dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak. Mengugut atau mengancam anak-anak untuk menjadi cemerlang kerap berlaku. Kegagalan akan menjadi anak-anak ini tertekan dan terganggu emosinya. Membanding anak kita dengan anak orang lain adalah tidak wajar kerana setiap individu itu adalah berbeza dari segi kemampuan dan keupayaan mereka. Menjadikan kejayaan anak orang lain sebagai ransangan adalah lebih baik. Jadikan orang-orang yang berjaya sebagai “role model”. Kita kerap lupa untuk menghargai kejayaan anak kita. Kadangkala apabila anak kita balik dengan rasa megah dan gembira kerana telah dapat meningkatkan markah ujiannya kita tidak langsung ambil peduli. Ada juga ibu bapa yang memperlekehkan kejayaan itu. Pujian dan galakan patut diberi agar anak itu akan bertambah rajin dan berjaya.
Individu yang cemerlang adalah permulaan bagi kewujudan keluarga yang cemerlang. Keluarga yang cemerlang adalah permulaan bagi kewujudan masyarakat yang cemerlang dan kewujudan masyarakat yang cemerlang akan membina negara yang cemerlang.
Comments