Posts

Selamat Hari Guru

16 May adalah tarikh istimewa untuk para Guru. Hari di mana semua Guru akan diraikan dan diberi layanan yang istimewa oleh anak murid mereka. Ada yang menerima hadiah tak kira banyaknya, malah ada yang dirai di dalam sebuah jamuan. Tak kurang juga ada yang hanya mendapat sekuntum bunga ros pada hari itu. Seorang guru yang berjasa, berjaya dan bersungguh-sungguh mendidik anak murid mereka akan sentiasa dihargai, dihormati dan tidak dilupakan sampai akhir hayat. Malah nama mereka akan sentiasa disebut. Tidak kurang juga mereka yang juga sentiasa disebut nama nya kerana rasa benci dan kecewa. Yang mana satukah anda. Yang diingati serta disanjungi atau pun yang diingati serta dibenci. Sempena hari yang berbahagia ini ingin saya mengucapkan: SELAMAT HARI GURU !! Educate Not Teach, Advice Not Shout, Guide Not Punished, Praise Not Condemn, Encourage Not Down Grade, Be Sincere, Be Honest, And You Will Be Remembered, For Ever and Ever HAPPY TEACHERS DAY !!

Teachers Day Songs

Free Songs and Poems for Teachers Free Songs and Poems for Teachers Mary Flynn Free theme-related songs and poems for teachers to use in the classroom. Publish at Scribd or explore others: Poetry Non-fiction History school poems

Siapa Yang Salah, Siapa Yang Benar

Saya ingin berbicara sedikit mengenai apa yang telah saya lihat dan perhatikan beberapa minggu ini gelagat pelajar-pelajar dan guru-guru pada waktu persekolahan.   Kes 1 : Jam pada waktu itu menunjukkan tepat 10 pagi. Saya bersama isteri berada di sebuah restoran kerana menikmati roti bakar dan kopi o. Saya ternampak 2 orang pelajar sebuah sekolah menengah yang berhampiran berjalan di pekan tanpa rasa bersalah maupun segan. Mereka seolah-olah bebas menjalankan aktiviti mereka tanpa rasa bimbang atau risau. Ramai juga orang awam yang memerhati gelagat pelajar-pelajar tersebut, tapi tidak seorang pun berani menegur mereka. Saya yang berada di dalam restoran hanya mampu memberi pandangan yang tajam ke arah pelajar-pelajar berdua itu. Langsung tak diendahkan. Setelah selesai minum saya dan isteri memasuki kereta kami dan terus menuju ke destinasi kami. Sebaik saja kami sampai ke tempat yang hendak di tuju, terdapat 7 orang lagi pelajar yang sedang berkumpul di kaki lima sebuah kedai de...

Penguasa Tugas Yang Berjaya

Untuk menjadi seorang Penguasa Tugas yang berjaya kemahiran mengurus masa secara berkesan adalah penting. Segala tugas yang hendak dilaksanakan memerlukan satu jangka masa tertentu. Kita tidak boleh membiarkan pelaksanaan sesuatu tugas itu berjalan berterusan tanpa sebarang kesudahan. Ia perlu di akhiri dengan mencapai satu keputusan atau hasil yang diharapkan dalam satu jangka masa yang tertentu. Menyedari akan hakikat ini maka adalah penting bagi seorang guru mempunyai kemahiran dalam Pengurusan Masa serta Pengurusan Tugas ( Time Management and Task Management). Kenalpastilah apa tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Senaraikan ke semuanya. Kadangkala apa yang telah disenaraikan akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini kerap berlaku di kalangan guru yang amat dipercayai oleh pihak pentadbir sekolah. Kerja-kerja tambahan kerap diberi kepada mereka ini seolah-olah tidak ada guru lain yang mampu menyelesaikan tugas berkenaan. Akhirnya apa yang telah disenaraikan akan menjadi...

Persekitaran Pembelajaran

Sebagai seorang guru, anda perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menarik di dalam bilik darjah anda untuk mendapat kesan yang terbaik dari pengajaran yang dijalankan. Anda mempunyai satu tahap kawalan ke atas semua perkara yang ada kaitan dengan persekitaran itu. Perkara-perkara yang boleh anda kawal adalah penglihatan, bunyi, suhu bilik dan perasaan. Penglihatan/Pemandangan: Persekitaran penglihatan yang hendak diwujudkan perlu berpaksikan kepada perkara-perkara berikut: Ia perlu cantik dan menarik . Bahan-bahan yang digunakan mestilah bersih, berwarna warni dan sedap mata memandangnya. Bahan-bahan ini boleh lah dibina sendiri, dibeli dari pembekal ataupun diambil dari alat-alat bantu mengajar. Ia perlu berfungsi . Bahan-bahan tersebut perlulah berfungsi sebagai bahan-bahan rujukan, panduan, serta mampu mengkuhkan konsep yang diajar. Ia perlu merangsang. Bahan-bahan yang digunakan juga perlu merangsang pemikiran dan menimbulkan berbagai persoalanan dan pertanyaan dalam minda...

PPSMI - Kekeliruan Isu

Saya amat tertarik dengan pandangan dan hujah-hujah yang dipaparkan melalui berbagai media mengenai masalah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Ramai yang membangkitkan isu bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pembangunan. Malah ada yang berpendapat bahawa jika kita lemah dalam bahasa Inggeris kita akan ketinggalan zaman. Kita akan menjadi bangsa yang mundur. Tidak kurang juga ada yang berpendapat bangsa Malaysia akan ketinggalan dalam arus pembangunan jika tidak menguasai bahasa Inggeris. Saya amat setuju dengan pandangan mereka. Tapi apa yang membuat saya rasa hairan adalah mengapa masalah bahasa Inggeris menjadi isu di sini? Sedangkan masalah yang sedang dihadapai adalah bagaimana untuk mengajar ilmu, konsep dan kemahiran Matematik dan Sains kepada anak-anak kita secara berkesan agar mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran Matematik dan Sains dengan lebih mantap dan padu. Bagaimanakah seorang pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris akan dapat menguasai kemahira...

PPSMI - The Damage Has Already Been Done

The issue has been debated, discussed and talked about in all media for quite some time. Some are against the programme while others are for it. Whatever it is the students are the ones who will be facing the consequences. Those who are for it says:- The future of the younger generation is at stake. The medium of instruction in English is the way forward. It would affect those teachers earning RM300 per month teaching English after school. The present system had been proven to be good in enabling pupils from the rural schools to master English. It is proven by the UPSR , PMR and SPM results. It cannot be seen that the system can affect Bahasa Malaysia as the national language. Master English and thrive. Bahasa Malaysia is not capable of explaining some of the terms in these two subjects. English the better language. PPSMI can produce competitive individuals. Let's look at it issue by issue:- The future of the younger generation is at stake? What does that mean? Are our younger...