Teknik Penilaian Dalam Bilik Darjah
Penilaian bilik darjah adalah satu pendekatan untuk membantu para guru mendapat maklumat tentang keberkesanan pengajaran guru dan juga apa yang sedang dipelajarai oleh pelajar dan sejauh manakah mereka telah dapat menguasai apa yang sedang diajar. Pendekatan ini mempunyai beberapa ciri yang penting. Ianya:- Berpusat kepada pelajar. Berfokus kepada pemerhatian dan kemajuan pengajaran. Maklumat yang diperolehi adalah untuk membantu guru dan pelajar membuat pengubahsuaian bagi memperbaiki pembelajaran. Diarah oleh guru. Guru menentukan; Apa yang perlu dinilai, Bagaimana penilaian akan dijalankan dan Bagaimana untuk bertindak balas ke atas maklumat yang diperolehi melalui penilaian yang telah dijalankan. Maklumat yang diperolehi tidak perlu dikongsi dengan guru lain kerana ianya adalah untuk keperluan guru berkenaan sahaja. Berkepentingan bersama. Ia memerlukan penglibatan pelajar secara aktif. Penglibatan secara aktif ini akan membantu pelajar memperkukuhkan pemahaman konsep yang diajar ...