HARI GURU KEMBALI LAGI
Saban tahun apabila tiba tarikh keramat 16 Mei, sibuklah kita memikirkan jenis sambutan yang akan diadakan di peringkat sekolah. Kadangkala saya tertanya, ye ke kita sibuk? Ada yang mengatakan yang kita ni syok sendiri. Ada pula yang mengata kita telah menyusahkan anak-anak murid kita dengan meminta hadiah dari mereka. Ye ke kita minta diberi hadiah? Ish malu lah. Entahlah mungkin ada juga guru yang bertanya dengan muridnya apa hadiah yang akan diberi oleh mereka. Tapi saya rasa itu hanyalah rekaan sahaja. Masakan seorang guru sanggup melakukan perkara tersebut. Sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang guru, sambutan Hari Guru itu merupakan satu hari di mana kita sebagai warga pendidik akan membaharui ikrar kita untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai pendidik dengan penuh dedikasi dan iltizam. Apabila kita lihat keadaan yang ada di sekolah-sekolah, kita rasa sedih dan kesal kerana ada juga rupanya manusia dikalangan kita yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan ...