Posts

Showing posts from September, 2008

Mengurus Atau Mentadbir?

Kejayaan sesebuah sekolah bukan saja bergantung kepada tenaga kerjanya, malah tunggak pengurusan sekolah merupakan faktor pendorong kepada tenaga kerja yang akan melaksanakan segala urusan pembangunan kurikulum, ko-kurikulum dan juga hal ehwal pelajar. Saya ingin membincangkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh para pengurus sekolah (Guru Besar/Pengetua). Apa yang dapat dilihat masa kini adalah Guru Besar atau Pengetua sekolah kurang memainkan peranan mereka sebagai seorang pengurus, malah mereka sekadar bertindak sebagai pentadbir. Mentadbir dan mengurus adalah dua perkara yang berbeza. Sekolah sepatutnya diurus dan bukan ditadbir. Apabila seseorang Guru Besar itu mengambil keputusan dan tindakan untuk mencapai matlamat sekolahnya, maka ia dikatakan sedang mentadbir sekolahnya. Kerja-kerja untuk memastikan sekolah berjalan dengan lancar mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah dianggap sebagai tugas-tugas "maintenance". Sedangkan tugas-tugas meng...

Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris

Nampaknya isu ini telah menjadi semakin besar. Semua orang sibuk mengulas dan memberi pendapat mengenainya. Ada yang sokong program ini diteruskan, ada pula yang minta supaya balik ke asal iaitu diajar dalam bahasa ibunda dan yang terbaru ada pula yang mengesyorkan agar sekolah Aliran Bahasa Inggeris dibuka semula. Kalau tak silap saya program ini dilancarkan dengan matlamat untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Maka wujudlah istilah seperti PPSMI dan BISP. Berkursuslah para guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut. Kelang kabut sekolah dibuatnya. Ramailah guru-guru yang terpaksa meninggalkan kelas kerana nak memahirkan bahasa Inggeris. Bayangkan guru-guru yang dah begitu lama mengajar mata pelajaran berikut dalam bahasa ibunda terpaksa berkursus untuk mengajarnya dalam bahasa Inggeris. Yang dikursuskan pula adalah pengistilahan dan kemahiran bahasa. Bila guru-guru berikut balik ke sekolah untuk mula mengajar, ada yang rasa gementar dan ...