Satu Kemahiran Dua Cara
Apakah yang dimaksudkan dengan Pengajaran yang berkesan? Pernahkah kita fikirkan adakah apa yang telah diajarkan kepada pelajar-pelajar selama 30 minit ataupun satu jam bagi satu sesi pengajaran. Berapa ramaikah pelajar-pelajar kita yang memahami dan dapat menguasai apa yang telah diajar. Pengajaran di dalam Tahap Satu sekolah rendah adalah amat penting. Ini adalah kerana pelajar-pelajar kita didedahkan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Jika kemahiran-kemahiran asas ini tidak dikuasai maka akan berlaku deficit pembelajaran di dalam Tahap Dua kelak. Guru-guru yang diamanahkan untuk mengajar di Tahap Satu mempunyai tugas yang amat berat dan mencabar. Kejayaan pelajar-pelajarnya bergantung kepada sejauh mana ia dapat memastikan semua pelajarnya telah menguasai 3M dengan jaya dan mantap. Setiap pelajar yang gagal menguasai kemahiran 3M adalah indikator kelemahan guru tersebut. Mengikut norma, semua pelajar mampu menguasai kesemua kemahiran 3M dengan baik. Apa ya...