Posts

Showing posts from January, 2008

Analisis Aliran - Trend Analysis

Analisa Aliran “Trend Analysis” adalah salah satu bentuk kajian yang boleh digunakan untuk membuat kajian aliran pencapaian akademik pelajar secara berterusan. Kajian ini perlu dilakukan dalam dua peringkat, iaitu Fasa Satu bagi tahun pengajian dari Tahun 1 hingga Tahun 3 dan Fasa Dua bagi tahun pengajian dari Tahun 4 hingga Tahun 5. Melalui kajian ini kita akan dapat melihat aliran perkembangan pencapaian akademik setiap individu mahupun setiap kelas atau setiap sekolah. Untuk menjalankan kajian ini kita perlu mempunyai maklumat terperinci mengenai pencapaian setiap ujian/penilaian yang diduduki oleh pelajar-pelajar berkenaan. Mengapakah perlunya Analisa Aliran dilakukan di sekolah-sekolah? Apakah faedah yang akan diperoleh para guru dan pentadbir sekolah? Mengapa perlunya Analisa Aliran? Melalui analisa ini kita dapat melihat sama ada pelajar itu menunjukkan peningkatan di dalam pembelajarannya atau sebaliknya. Jika diamati secara terperinci keputusan ujian-ujian pelajar tersebut kit...

SKPM - Bahagian 9

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 10 – Pembangunan Sahsiah Murid Dalam usaha untuk membangun sahsiah diri murid-murid pihak sekolah perlu memenuhi beberapa aspek yang boleh membangunankan sahsiah diri murid-murid. Tugas dan Tanggungjawab Pihak sekolah perlu melatih seberapa ramai murid untuk memegang tugas dan tanggungjawab yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid-murid. Tugas dan tanggungjawab ini perlu diagihkan supaya tidak berlaku lambakan tugas ke atas beberapa orang murid tertentu sahaja. Sikap terlalu menaruh kepercayaan kepada beberapa orang murid tertentu perlu dielakkan. Kepercayaan perlu diberi kepada seberapa ramai murid yang boleh. Peluang perlu diberikan kepada seberapa ramai murid kita. Semua jawatan yang dipegang oleh murid-murid kita perlu direkodkan. Jawatan-jawatan yang boleh diwujudkan di dalam sebuah darjah adalah seperti Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Setiausaha, Bendahari, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan dan AJK Aktiviti. Bagi satu-sa...

SKPM - Bahagian 8

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 9 – Pengajaran dan Pembelajaran . Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian . Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah disediakan oleh guru berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini. Rancangan Pelajaran ini hendaklah merangkumi sepanjang sesi persekolahan bagi satu tahun. Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian pula perlu mengambil kira beberapa aspek tertentu. • Tahap kebolehan dan keupayaan murid perlu diambil kira semasa membina Rancangan Pelajaran Harian. • Objektif dan hasil pembelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan merangkumi pengetahuan serta kemahiran yang hendak diajar. • Aktiviti bagi mencapai objektif pembelajaran mestilah bersesuaian dengan keupayaan murid dan peruntukan masa. • Penilaian kendiri hendaklah dijalankan selepas setiap pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid supaya langkah-langkah pengukuhan, pemuliha...

Down With Cancer - Lymphoma

I was down when the doctor told me that there is a growth in my stomach. He said that it is bleeding. This news was given to me in my room at the hospital on the 14 March 2007. At 4.30pm while I was playing with my grandson, I suddenly felt faint and nausea. I called my wife and she brought me a container. I vomited blood. It's black clot. I told her to call my son back from his office so that I can be taken to a hospital. I was feeling very uneasy and sick. So, I was taken to the nearest hospital that is the Selangor Medical Centre. I was immediately taken to the emergency room. There the doctors took my blood sample and introduced one pint of blood cos I was diagnosed anemic. Then the surgeon came and did a few more test. He then told me that I am bleeding inside. At 9.00pm I was taken to the Operating Room for Gastroscopic procedure. The next day, the doctor told me that there is a growth in my stomach. A CT scan will be carried out at about 11.00am. A friend and his wife with m...

SKPM Bahagian 7

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 8 – Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Program Pengurusan Kokurikulum Sebagaimana Unit HEM, unit KK juga perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa. Jawatankuasa Kokurikulum juga dianggotai oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang dan semua guru yang mengetuai unit-unit kokurikulum. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :- Membina Dasar Kokurikulum Sekolah yang selaras dengan Pelan Strategik Sekolah. Menyediakan belanjawan tahunan unit KK. Merancang program, aktiviti dan projek KK selaras dengan Pelan Strategik Sekolah. Melaksanakan semua program, aktiviti dan projek KK. Memantau dan menilai keberkesanan semua program, aktiviti dan projek KK. Menjalankan penambahbaikan terhadap program, aktiviti dan projek KK. Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa. Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Persatuan dan Kelab / Badan...

30 Kelemahan Ibu Bapa

1). Kurang berdoa. Ibu bapa kerap didapati kurang atau jarang mendoakan anak-anak. Doa ibu bapa adalah salah satu daripada perkara yang membawa kepada kejayaan anak-anak. 2) Memperkecilkan kebolehan anak-anak. Kerap kali anak-anak akan menunjukkan hasil kerja mereka kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa jarang sekali memuji akan kebolehan anak-anak itu, malah diperkecil-kecilkan kebolehan mereka. 3) Kurang tegas. Setiap kali ibu bapa mengenakan syarat atau peraturan ke atas anak-anak, pelaksanaan itu tidak tegas. Ini mengakibatkan anak-anak tidak menghormati arahan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. 4) Kurang memberi sentuhan. Anak-anak jarang sekali disentuh dengan mesra oleh ibu bapa. Kecil-kecil mereka dipeluk, dicium dan ditimang. Kemanakan hilangnya sentuhan-sentuhan ini apabila mereka meningkat dewasa. 5) Tidak menjadi kawan kepada anak-anak. Anak-anak perlu dijadikan sebagai kawan, agar segala luahan hati mereka dapat dicurahkan kepada ibu bapa tanpa segan silu. 6) Suasana dan ikli...

SKPM Bahagian 6

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 8 – Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Program Pengurusan Hal Ehwal Murid Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Jawatankuasa ini dianggotai oleh Guru Besar, semua Penolong Kanan, Penyelia Petang dan semua guru yang terlibat dengan pengurusan HEM. Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa ini adalah seperti berikut:- Menetapkan Dasar HEM sekolah. Menyediakan belanjawan tahunan unit HEM. Merancang program, aktiviti dan projek HEM selaras dengan Pelan Strategik Sekolah. Melaksanakan semua program, aktiviti dan projek HEM. Memantau dan menilai keberkesanan semua program, aktiviti dan projek HEM. Menjalankan penambahbaikan terhadap program, aktiviti dan projek HEM. Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa. Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Program, aktiviti dan projek HEM hendaklah secara menyeluruh memberi manfaat kepada s...