Di Mana Lemahnya Kita
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan saya kekuatan untuk kembali menulis di dalam blog saya ini. Banyak yang telah diperkatakan tentang sistem pendidikan di negara kita. Banyak juga yang telah diajukan oleh berbagai pihak untuk memertabatkan pendidikan di negara kita. Apa yang dapat saya perhatikan kebanyakan daripada kita, apabila berbincang mengenai pendidikan kita lupa akan perkara pokok yang tidak sepatutnya kita abaikan. Iaitu FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA. Apa pun yang hendak kita lakukan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan kita, matlamat dan tujuan falsafah tersebut adalah tunggak segala perancangan. Saya bimbang dan khuatir akan berlaku kegelinciran daripada landasan asal semasa kita sibuk dalam usaha membangunkan pendidikan di negara kita. Saban hari, masalah pendidikan sering dijadikan isu dan bahan berita atau tajuk perbincangan di merata tempat. Tak kiralah sama ada di gerai, pejabat, atau di mana saja tempat manusia berhimpun. Kerap kita dengar kata-ka...