Kesalahan Yang Kerap Dilakukan Oleh Guru Baru
Guru-guru baru kerapkali: 1. Tak pernah dapat memutuskan apa yang mereka hendak dan apa yang mereka tak hendak. Ini merupakan penyebab utama kepada masalah yang berikutnya. 2. Memuji pelajar secara berlebihan di atas kejayaan melaksanakan tugas yang diberi. 3. Tidak dapat membezakan di antara pujian dan pengiktirafan dan bilakah setiap satu itu dihargai. 4. Gagal menyediakan rancangan jangka panjang dan rancangan harian. 5. Kerap memberi tumpuan yang berlebihan kepada seseorang pelajar atau pun sekumpulan pelajar serta tidak memantau kelas secara keseluruhan. 6. Memulakan pengajaran sebelum memastikan pelajar-pelajarnya telah bersedia untuk menerima pengajaran. 7. Bertutur terlalu pantas dan kadangkala tidak jelas. Adakalanya terlalu kuat atau terlalu perlahan. 8. Berdiri terlalu lama pada sesuatu tempat atau duduk terlalu lama semasa sedang mengajar. 9. Terlalu menekankan perkara-perkara negatif. 10. Tidak memastikan agar pelajar mengangkat tangan serta tunggu sehingga di panggil untu...