Guru Yang Berkualiti Amat Penting
Saya terbaca sebuah rencana yang ditulis oleh Dr. Jeanette Taylor dari Florida State University mengenai kesan kualiti guru terhadap pembelajaran. Dalam rencana tersebut beliau menyatakan " In circumstances where the teachers are all excellent, the variability in student reading achievement may appear to be largely genetic. However poor teaching impedes the ability of children to reach their potential ". ( The Star 24 April 2010 ) Pihak universiti tersebut telah menjalankan kajian dengan mengguna kanak-kanak kembar sebagai model. Teori yang diutarakan adalah : Jika kanak-kanak kembar seiras diletak di dalam kelas yang berlainan dan salah seorang daripada menjadi lebih berjaya dalam pelajaran, perbezaan itu adalah berpunca dari guru. Hasil daripada kajian tersebut mereka dapati memang ada kebenaran bahawa sifat seseorang guru itu mempengaruhi perkembangan pembelajran kanak-kanak yang diajar. Guru yang berkualiti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang akan membenarkan kanak...