Selamat Hari Guru
16 May adalah tarikh istimewa untuk para Guru. Hari di mana semua Guru akan diraikan dan diberi layanan yang istimewa oleh anak murid mereka. Ada yang menerima hadiah tak kira banyaknya, malah ada yang dirai di dalam sebuah jamuan. Tak kurang juga ada yang hanya mendapat sekuntum bunga ros pada hari itu. Seorang guru yang berjasa, berjaya dan bersungguh-sungguh mendidik anak murid mereka akan sentiasa dihargai, dihormati dan tidak dilupakan sampai akhir hayat. Malah nama mereka akan sentiasa disebut. Tidak kurang juga mereka yang juga sentiasa disebut nama nya kerana rasa benci dan kecewa. Yang mana satukah anda. Yang diingati serta disanjungi atau pun yang diingati serta dibenci. Sempena hari yang berbahagia ini ingin saya mengucapkan: SELAMAT HARI GURU !! Educate Not Teach, Advice Not Shout, Guide Not Punished, Praise Not Condemn, Encourage Not Down Grade, Be Sincere, Be Honest, And You Will Be Remembered, For Ever and Ever HAPPY TEACHERS DAY !!